Back | Home

 

Produk Keluaran Livebouquet

Artikel, panduan dan tip penjagaan tanaman hiasan

Maklumat Perhubungan Livebouquet

 

whiteribbonenterprise.tripod.com

 

KB Chalet & Mini Camp, Kampung Bharu, Ayer Tawar, Perak

 

Bendi hibiscus esculentus

Bendi atau nama botaninya hibiscus esculentus yang sekian lama dikenali sebagai sayuran amat sesuai dijadikan taman hiasan. Di samping mudah diselenggara, buahnya boleh dijadikan hidangan keluarga.

Lebih menarik dan istimewa jika bendi merah dijadikan penyeri laman. Spesis ini adalah spesis bendi sejati, cuma keseluruhan pohonnya berwarna merah hati menampakkan keanggunan dan ketinggian nilai estetiknya. Buahnya yang juga berwarna merah hati boleh dijadikan hidangan keluarga malah amat menarik untuk memikat selera anak-anak anda yang tidak gemarkan sayuran. Walaupun buahnya berwarna merah hati, sebaik sahaja dimasak warnanya akan segera bertukar hijau seperti bendi biasa. Anak-anak anda pasti teruja dengan fenomena ini.

 

Kaedah menanam Bendi sebagai tanaman hiasan

Bendi membiak melalui biji benih. Bagi tujuan hiasan bendi boleh ditanam dalam pasu atau bekas dengan kapasiti tanah melebihi 10 liter.

Keperluan

1. Serpihan pasu atau pinggan mangkuk yang pecah.

2. Pasu atau bekas yang sesuai ( kapasiti tidak kurang 10 liter)

3. Tanah kuning (topsoil) atau tanah kebun (loam).

4. Tanah bakar (burntsoil)

5. Biji benih.

6. Air

7. Baja NPK atau Livebouquet Folia Spray NPK

8. Livebouquet Healthy Growth Leonardite 21

Langkah Kerja

1.   Susun serpihan pasu pecah secara berselerak tetapi bertindih sedikit

      antara satu sama lain di atas lubang saliran dalam pasu atau bekas

      tanaman.

2.   Gaulkan tanah kuning dan tanah bakar dengan kadar lebih kurang 2 : 1

3.   Masukkan campuran tanah ke dalam pasu.

4.   Siram air sehingga keseluruhan campuran tanah dalam pasu basah

5.   Tanam 3 - 4 biji benih dengan jarak lebih kurang 3 - 4 cm antara satu

      sama lain dan kedalaman 3 - 4 cm.

6.   Siram sedikit air di atas tanaman.

7.   Siram tanaman setiap 2 - 3 hari sekali atau mengikut keperluan.

8.   Biji benih akan mula bercambah dan daun pengasuh akan keluar dari

       permukaan tanah selepas 4 - 6 hari.

9.   Selepas 12 hari, cabut sebahagian anak pokok yang tumbuh supaya 

       hanya 2 pokok sahaja ditinggalkan.

10. Bancuh 20 ml Folia Spray NPK dengan 200 ml air dan siramkan

       ke pangkal tanaman.

11. Tambah campuran tanah sehingga menutupi 3/4 daripada batang anak

       pokok.

12. Pada usia tanaman 21 hari, taburkan 5 gm baja NPK 15 :15 : 15 dalam

       bekas tanaman dan siram air atau ulang langkah 10.

13. Bancuh Healthy Growth Leonardite 21 ( Humic Acid ) dengan kadar 10 ml

       dalam 1 liter air dan semburkan pada keseluruhan tanaman.

14. Ulang langkah 12 dan 13 setiap 14 hari.

15. Apabila tanaman mula berbuah ( 48 - 60 hari bergantung pada jenis benih

       yang ditanam), semua pelepah daun di bawah buah yang pertama perlu

      di pangkas.

16. Apabila anda memetik buah, gunakan pemotong yang sesuai dan potong

      sekaligus bersama pelepah daun di bawah buah itu.

Selamat mencuba ...