Home

 

Produk Keluaran Livebouquet

Artikel, panduan dan tip penjagaan tanaman hiasan

Maklumat Perhubungan Livebouquet

 

whiteribbonenterprise.tripod.com

 

KB Chalet & Mini Camp, Kampung Bharu, Ayer Tawar, Perak

 

Kenali Spesis Tanaman Di Halaman Anda

 

Bagi peminat seni taman yang sekadar suka-suka, bukanlah satu keperluan untuk mengenali spesis yang ditanam secara mendalam. Walaubagaimanapun, sebenarnya pengetahuan ini adalah amat perlu bagi meningkatkan minat, kemahiran dan pengalaman dalam bidang ini. Nilai estetik sesuatu spesis bukanlah segala-galanya dalam bidang ini.

Dengan mengenali nama botani atau nama saintifik tanaman yang ditanam, lebih mudah kita membuat rujukan sama ada melalui buku atau IT. Dengan itu kita boleh meningkatkan pengetahuan dalam bidang yang diminati justeru menjana kemahiran dan pengetahuan diri ke arah yang lebih baik.

Lantaran menyedari keperluan ini kami di livebouquet cuba berkongsi dengan anda mengenainya.

 

Bendi hibiscus esculentus

Bendi atau nama botaninya hibiscus esculentus yang sekian lama dikenali sebagai sayuran amat sesuai dijadikan taman hiasan. Di samping mudah diselenggara, buahnya boleh dijadikan hidangan keluarga.

Lebih menarik dan istimewa jika bendi merah dijadikan penyeri laman. Spesis ini adalah spesis bendi sejati, cuma keseluruhan pohonnya berwarna merah hati menampakkan keanggunan dan ketinggian nilai estetiknya. Buahnya yang juga berwarna merah hati boleh dijadikan hidangan keluarga malah amat menarik untuk memikat selera anak-anak anda yang tidak gemarkan sayuran. Walaupun buahnya berwarna merah hati, sebaik sahaja dimasak warnanya akan segera bertukar hijau seperti bendi biasa. Anak-anak anda pasti teruja dengan fenomena ini.

Asam Paya hibiscus subdarifa

Asam paya juga dikenali sebagai asam keling atau roselle dengan nama botaninya hibiscus subdarifa adalah sekeluarga dengan bendi dan bunga raya. Kaliks atau kelopak buahnya mengandungi vitamin C yang dikatakan 4 kali lebih tinggi dari buah blackcurrent pasti mampu melamar ruang di halaman anda.

Spesis ini juga seperti bendi, tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menanamnya namun untuk menjadikannya penyeri laman, pengetahuan dan pengalaman diperlukan untuk menyelenggaranya disebabkan bentuk cabangnya akan tumbuh meliar jika tidak diselenggara dengan berkesan. Oleh itu juga, spesis ini lebih sesuai menjadi penghias laman di bahagian belakang kediaman.